Malaysia Dateline

SB beli sistem risikan Israel: Saya bukan menteri KDN masa itu, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau terlibat dengan pembelian peralatan dan sistem perisikan untuk Cawangan Khas (SB) dari Israel kerana beliau bukan Menteri Dalam Negeri ketika itu.

“Saya bukan Menteri Dalam Negeri masa itu dan saya tak pernah suruh atau pilih apa yang patut dibeli oleh SB. Mereka putuskan sendiri.

“Adakah kerja saya untuk menilai dan mencari software untuk beli?” kata Najib dalam jawapan balasnya selepas terpecahnya berita ini.

Menteri KDN ketika pembelian sistem dari Israel ketika itu adalah Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri KDN ketika itu adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno sekarang.

Malaysia Dateline dan selepas itu diikuti oleh Malaysiakini mendedahkan laporan media Israel, Calcalistech.com yang memberitakan maklumat mahkamah berkaitan pembelian sistem dan peralatan bernilai RM6 juta oleh Cawangan Khas (SB) dari syarikat Israel.

Menurut Najib, pembelian fasa 1, jika benar-benar berlaku, tak libatkan Pejabat Perdana Menteri pun.

“Pada bulan April 2018, kerajaan dah bubar dan kami sibuk dalam kempen PRU14 masing-masing,” kata Najib dalam kenyataan di facebooknya.

Menurut Najib, pembelian fasa 2 setahun berlaku selepas PRU 14 dipetik sebagai bernilai 3 kali lebih besar dan melibatkan SB, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM .

“Mengapa pula  Mkini dan Malaysia Dateline tak tulis tentang fasa kedua dan tak tuduh Tun Mahathir dan gengnya beli untuk merisik BN dan Pas,” katanya.