Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
SD tak laku, tak perlu paksa Adun tandatangan, kata Mukhriz

SD tak laku, tak perlu paksa Adun tandatangan, kata Mukhriz

BernamaMarch 5, 2020 12:04 am




Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir menafikan kerajaan negeri itu dalam keadaan “getir” akibat suasana politik semasa yang tidak menentu.

Beliau berkata, ketika ini PPBM dan Pakatan Harapan (PH) memiliki 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tiada “pembelotan” oleh mana-mana wakil rakyatnya.

“Yang ada tambahan satu kerusi dari Umno yang menjadikan jumlah DUN kita 19 dan seorang speaker (Dun) menjadikannya 20…keadaan kita sekarang adalah stabil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman hari ini.

Ditanya adakah pihaknya akan meminta semua Adun PPBM dan PH menandatangani akuan bersumpah (SD), Mukhriz berkata, perkara itu tidak perlu dilakukan di negeri itu.

 “Tidak perlu paksa mana-mana pihak untuk menandatangani SD dan sebenarnya SD tak laku pun, tak ada makna. Kalau tengok di peringkat nasional pun, lepas tandatangan SD ada yang lompat, nafikan SD yang dah tandatangan.”

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan PAS memiliki 15 kerusi, PPBM (6), PKR (7), Amanah (4), Umno (2) dan DAP (2).

Sementara itu, Mukhriz berkata, walaupun Kedah akan menjadi negeri pembangkang, pihaknya berharap hubungan baik dengan kerajaan pusat dapat diteruskan demi kepentingan rakyat.

“Jemaah Menteri belum dilantik, tapi tentu akan ada pemimpin di peringkat kerajaan pusat kami kenal rapat, jadi diharap hubungan itu terus baik untuk manfaat rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan mesyuarat exco yang diadakan hari ini dihadiri semua exco negeri dan ia berjalan lancar seperti biasa.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Hubungan Pas-DAP: ‘Kalau imam dah terberak, takkan nak ikut lagi?’

Gesa kerajaan negeri Johor selamatkan kontraktor kecil Bumiputera

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production