Malaysia Dateline

Sebagaimana Terengganu, Umno Kelantan juga tolak kerjasama dengan Pas

Sebagaimana Terengganu, Umno Kelantan juga menolak kerjasama dengan Pas dalam pilihan raya umum akan datang ataupun dalam usaha menukar Kerajaan Kersekutuan yang ada.

Bagi Umno Kelantan, Pas tidak pernah jujur dan ikhlas apabila mahu bekerjasama dengan mereka.

MOHAMAD ZULKEPLI OMAR

“Kalau Pas itu jujur dan ikhlas dengan kita, sepatutnya dia bagilah satu atau dua Exco kerajaan negeri Kelantan kepada kita,” kata satu audio yang dipercayai suara Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Mohamad¬† Zulkepli Omar.

Beliau dipercayai memberikan taklimat kepada pemimpin dan ahli Umno Kuala Krai, Kelantan mengenai kedudukan politik terkini.

Sebelum ini, Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menolak sebarang kerjasama dengan Pas kerana bagi mereka Pas tidak jujur.

Menurut audio itu, jika Pas ikhlas dalam kerjasama mereka dengan Umno, kerajaan negeri akan memberikan sekurang-kurangnya dua atau tiga kerusi Ahli majlis Daerah Kuala Krai dan Dabong kepada Umno.

“Ni dok. Dia jawab rumah dah siap. Tak payahlah baiki. Mudah dia jawab,” kata beliau dalam taklimat itu.

Dalam taklimat itu, Zulkifli berkata, Umno sekarang sedang mempertimbangkan satu jajaran kerjasama baru selepas Pas dan Bersatu tidak lagi boleh dipercayai.

Bersatu pula, katanya, sedang membunuh Umno dari dalam dengan pelbagai tindakan mereka.

Sehubungan dengan itu, Umno sedang mengkaji kemungkinan kerjasama baru termasuk dengan DAP yang selama ini menjadi musuh utama Umno.