Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Sebahagian kondomunium dalam pembinaan di Taman Desa runtuh

Sebahagian kondomunium dalam pembinaan di Taman Desa runtuh

Oleh BERNAMAFebruary 14, 2020 8:55 pm




Sebahagian struktur kondomunium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini, runtuh hari ini.

Setakat ini empat mangsa dikesan terperangkap dalam runtuhan itu manakala seorang berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata runtuhan dilaporkan berlaku kira-kira 3 petang.

Sehingga ini belum dipastikan jumlah sebenar mangsa dan sama ada melibatkan kematian.

Hari ini, tular satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat di media sosial menunjukkan sebahagian bangunan runtuh.

Sementara itu, Komander operasi bomba, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.27 petang tadi dan mengerahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, Pantai dan Hang Tuah dengan kekuatan keanggotaan seramai 50 anggota dan serta pegawai kanan.

“Anggota bomba mengalami kesukaran untuk menyelamat mangsa kerana keadaan bangunan tidak stabil serta masih berlaku runtuhan-runtuhan kecil.

“Anggaran jumlah mangsa yang sebenar terlibat masih belum dapat dipastikan. Anggota sekarang masih melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat dibantu oleh unit K-9,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan memaklumkan sepasukan pegawai penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Menurut kenyataan itu, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan menentukan sekiranya terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967.

“Setakat 7 malam, pegawai penyiasat JKKP masih menunggu maklumat lanjut daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum melaksanakan proses siasatan seterusnya,” menurut kenyataan itu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production