Malaysia Dateline

Sebanyak 3.2 juta permohonan BSH 2019 setakat 27 Mac

Sebanyak 3.2 juta permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diterima setakat 27 Mac, melibatkan 530,000 permohonan baharu dan 2.67 juta permohonan kemas kini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah itu dijangka terus meningkat berdasarkan proses kemasukan data yang masih dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Lim berkata maklumat yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data daripada 16 agensi kerajaan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima BSH.

— BERNAMA