Sebanyak 57 peratus golongan muda sertai Bersatu, kata Syed Saddiq

Sebanyak 57 peratus golongan muda sertai Bersatu, kata Syed Saddiq

 

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan sebanyak 57 peratus ahli parti itu dikalangan golongan muda berusia di bawah 35 tahun.

Katanya, ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan sebagai sebuah parti baharu dalam usaha menarik golongan muda menyertai parti itu.

“Setakat semalam 57 peratus ahli Bersatu dikalangan golongan muda. Kalau nak harapkan Umno tidak akan dapat peratus sebanyak itu.

“Dalam Majlis Pimpinan Tertinggi sahaja kita ada 7 wakil anak muda. Ini merupakan sokongan yang besar berbanding apa yang pernah diberikan oleh Umno dahulu. Bahkan  anak muda daripada Bersatu juga turut diberikan peluang dalam jawatankuasa Pakatan Harapan ,” ujarnya.

Beliau berucap pada majlis anjuran Armada Bersatu dalam program “Fund Rising Dinner” yang diadakan di Gombak semalam.

{loadposition myposition} Dalam majlis sama Armada turut melancarkan “Bicara Wawasan 2020” suatu agenda untuk menyampaikan suara rakyat dalam satu bentuk perbincangan berkelompok dalam pelbagai bidang bagi meneruskan agenda Wawasan 2020 yang pernah diilhamkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991 itu.

Menurut Syed Saddiq sembilan agenda yang digariskan dalam Wawasan 2020 dilihat agak tersasar  daripada Transformasi Nasional 2050 (TN50)  tetapi ia  akan menjadi sebahagian dasar dalam Pakatan Harapan kelak sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

” Kita nak masukkan input-input daripada sembilan agenda yang pernah digariskan dalam Wawasan 2020 itu untuk dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh dua tahun ini jika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya kelak.

“Antaranya kita mahu memperkasakan suara-suara golongan wanita, NGO dan profesional ,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan sesi perbincangan dikalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan profesional lain akan diadakan pada bulan hadapan yang mana Armada akan mengetuai sesi perbincangan tersebut bersama pimpinan dalam Pakatan Harapan.

 

CATEGORIES
TAGS