Sebelum beli kereta ‘second hand’ 4 perkara wajib ini anda perlu periksa

Oleh NASUHA RAHMAN

Ramai yang menyimpan hajat untuk beli kereta terpakai, atas faktor kewangan, namun seringkali merasa bimbang takut-takut tertipu, kan?

Salah satu alasannya mudah sahaja, kereta terpakai bermaksud kereta itu sudah ada tuannya sebelum ini. Kita sebagai pembeli baharu, biasanya memang tidak tahu langsung sejarah sebenar kereta tersebut, melainkan apa yang diberitahu penjual sahaja.

Namun sebenarnya kita tidak perlu risau, kereta yang dijual di kedai kereta terpakai yang diyakini dan mempunyai reputasi selalunya selamat untuk dibeli.

Berbalik kepada persoalan mengenai perasaan takut apabila untuk membeli kereta ‘second hand’, kebanyakan pembeli ingin mengelak daripada membeli kereta yang memiliki ‘sejarah hitam’.

Bagi mengubati kerisauan anda, seorang pengguna TikTok telah berkongsi tips sebelum membeli kereta ‘second hand’.

Bos Beng (@thisisbeng) telah berkongsi empat tips kepada orang ramai untuk mengenalpasti sama ada kereta terpakai yang dijual memiliki ‘sejarah hitam’.

Pertama sekali, tarik tali pinggang keledar sampai habis gulungannya. Jika anda mendapati bahagian hujungnya ada kesan seperti pasir atau kulat, berkemungkinan kereta tersebut pernah dimasuki air banjir sampai paras kerusi pemandu.

Kedua, buka bahagian bonet kereta dan periksa bahagian keadaan skru-skru pada bahagian dalamnya. Jika skru-skru tersebut pernah dibuka, terdapat kemungkinan bahawa kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.

Ketiga, buka pintu kereta dan tarik bahagian getah pada bahagian dalam pintu. Selepas berbuat demikian, lihat permukaan badan kereta yang berada di sebalik getah tersebut. Jika bahagian rangka kereta tersebut memiliki kesan kimpalan ataupun tidak rata, terdapat kemungkinan besar kereta tersebut pernah mengalami kesan remuk yang berpunca daripada kemalangan.

Akhir sekali, periksa bahagian penutup minyak enjin (engine oil cover). Jika bahagian tersebut ada kotoran seperti gambar dibawah, ia juga menjadi pentanda kereta berkenaan mungkin pernah terendam dalam banjir.

Semoga tips ini dapat membantu anda untuk memilih kereta terpakai yang terbaik serta memberikan rasa puas hati selepas menggunakannya untuk jangka masa yang panjang.

Baca juga: Selalu bangun jam 11 makanan sudah tersedia-Baru seminggu kahwin pengantin mengadu mengantuk