Malaysia Dateline

“Sebelum bertemu di mahkamah, apakata kita debat dulu”

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi memohon untuk berdebat dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mereka berjumpa di mahkamah.

Ini berikutan keputusan beliau untuk bertemu Muhyiddin di mahkamah selepas saman Perdana Menteri itu terhadapnya.

“Hari ini Peguam saya akan menjawab surat LOD (letter of demand) Peguam Tan Sri Muhyiddin.

“Alhamdulillah lega. Selesai pusingan pertama.
Maklumlah memang tidak biasa main peguam kerana tidak pernah disaman.

“Apa lagi saman oleh individu yang bertaraf Perdana Menteri.

“Rupanya dalam bab saman tidak timbul isu “antara dua darjat”.

“Satu hari nanti tidak mustahil akan ada nelayan, penoreh atau pemandu grab yang akan disaman oleh Perdana Menteri.

“Kalau begitu tidak salah saya mohon berdebat dengan TS Muhyiddin sebelum berjumpa di Mahkamah.

“Orang tidak boleh kata, bukan taraf PM untuk berdebat dengan saya.

“Kalau saman boleh, kenapa debat tidak boleh?” kata bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan Barisan Nasional dahulu menerusi Facebooknya.

Beliau berharap, Sinar, Astro atau RTM boleh jadi host berdebatan itu nanti.

“Debat bukan kerana ego. Bukan untuk “cari siapa yang salah, tetapi cari apa yang salah” katannya lagi.

Muhyiddin menghantar notis tuntutan undang-undang RM10 juta kepada Puad selepas dakwaan Puad terhadapnya.

Dalam catatanya sebelum ini, Puad berkata, “Saya sahkan telah menerima LOD daripada Peguam Perdana Menteri. Dia akan ambil tindakan saman RM10 juta terhadap saya.”

Menurut Puad, dia akan serahkan kepada Peguam beliau untuk respond surat LOD tersebut.

“Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh TS