Seorang wanita mualaf terkejut apabila suami yang disangka alim dan akan membimbing ke arah baik sanggup mencari wanita lain untuk puaskan nafsu.
Menerusi Kisah rumah Tangga, Khadijah (bukan nama sebenar) menceritakan semula kisah dirinya dan suaminya untuk dijadikan pengajaran buat orang lain.
Khadijah memaklumkan bahawa dia dan suami bernikah hanya selepas setahun berkahwin tanpa ada majlis serta wang hantaran RM7,000 yang hanya cek kosong.
Perkahwinan mereka direstui keluarga lelaki namun ditentang hebat oleh keluarga Khadijah kerana suami adalah orang pantai timur.
“Aku memang seorang mualaf, suamiku kini bekerja sebagai Pegawai Houseman (HO) di sebuah hospital kerajaan di selatan.
“Pada awal perkenalan suami aku bukan siapa-siapa ,masih menganggur ketika itu, bahkan aku pun tidak tahu apa kerja dia buat ketika itu,” ujarnya.
Setelah lama berkahwin, akhirnya terbongkar bahawa suaminya seorang biseksual malah sudah beberapa kali kantoi.
“Aku bukan tak pernah mengadu kat mak mentua pasal kelakuan suamiku, tapi tak ada fungsi.
“Andai kata la aku mengadu kat bapak mentua, entah-entah suamiku bernafas lagi ke tak. Sebab bapa mentuaku seorang yang tegas,” tambahnya.
Khadijah juga sudah melantik peguam untuk menuntut fasakh kerana suaminya tidak mahu melepaskannya.
Mengimbas kembali, Khadijah turut mengingatkan suaminya mengenai kes rogol seorang wanita dari pantai timur hingga memaksanya mengambil peguam.
“Dan masih ingat lagi yang awk minta duit untuk bayar denda tangkap khalwat dengan budak J? Saya tanggung hidup awk.
“Ya, mungkin mereka diluar sana mengatakan aku bodoh sebab aku masih lagi bertahan.
“Tapi niat aku hanya tumpang belajar ilmu agama yang ada pada suami, tapi terbalik pula sebab suami menumpang kesenangan aku,” ujarnya.
Khadijah turut berkongsi tangkap layar perbualan suaminya bersama dengan wanita lain.
Baca juga: Dah masuk duit tapi kain masih basah? Pemuda ini kongsi cara betul guna dryer