Malaysia Dateline

“Sebetulnya Pas tu dah bankrap isu”

Pas bukan sahaja dah bankrap isu, tetapi juga telah hilang akal sehinggakan membuat pelbagai tohmahan terhadap Pakatan Harapan (PH) sepertimana yang didakwa oleh pimpinan mereka sejak kebelakangan ini.

Pengerusi AMANAH Kedah, Dato Ir Phahrolrazi Zawawi ketika berucap pada program Jelajah Pakatan Harapan Kulim malam tadi turut berkata, Pas sebenarnya sudah tidak ada modal lagi.

“Tiba-tiba Pas dakwa dalam PH ada komunis, kita tolak Raja-Raja, dokong LGBT dan bermacam-macam dakwaan yang tidak masuk akal.

” Pas sedar, nak serang PH isu rasuah dia dah tak ada modal, nak tuduh PH tolak Raja-Raja pun itu telah termaktub dalam Perlembagaan dan PH sentiasa menyokong Raja-Raja dan menghormati demokrasi.

” Isu demi isu yang cuba direka oleh Pas untuk mengaitkan PH ternyata tidak menjadi. Akhirnya mereka timbulkan pula isu Islam terancam dan isu rasis semata-mata bagi meraih sokongan rakyat,” ujar beliau yang juga merupakan Ketua Pembangkang Dun Kedah.

Tambahnya, PH mampu melaksanakan pelbagai reformasi sekiranya cukup tempoh 60 bulan atau sepenggal diberikan sebagai pemerintah.

Namun begitu katanya, apabila berlakunya pengkhianatan maka tempoh 22 bulan tidak dapat dijustifikasi sepenuhnya walaupun PH mampu untuk membawa perubahan sekiranya memerintah sehingga habis tempoh.

Sehubungan itu saran beliau, PH boleh mentadbir dan menjadi sebuah kerajaan yang berjaya dan amat mengharapkan dokongan rakyat menjelang pilihan raya umum 19 November ini bagi meneruskan pentadbiran demi membela nasib rakyat.

Baca juga: Saya tinggal 7 tahun di Kuala Kangsar, kata Anwar jawab sindiran Peja

Baca juga: KL City tumpas 0-3, Hodak akui kesalahan sendiri