Malaysia Dateline

Sebuah kerajaan yang teratur sangat penting, tegas Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghantar mesej yang tegas kepada anggota pentadbiran beliau berhubung hasratnya untuk menekankan tentang peri pentingnya menjadi sebuah kerajaan yang tersusun.

Dalam perjumpaan tertutup bersama pentadbir kerajaan termasuk menteri kabinet, pegawai tertinggi perkhidmatan awam dan para pegawai kerajaan di sini hari ini, Dr Mahathir berkata beliau berusaha untuk menjelaskan tentang keperluan bagi kerajaan untuk menjadi tersusun.

Beliau menegaskan bahawa untuk membolehkan kejayaan dicapai, suatu sistem diperlukan dan ia mesti dilaksanakan dengan cara yang betul.

Perdana Menteri memberi contoh kejayaan orang Eropah menakluk dunia disebabkan keadaan mereka yang teratur manakala penduduk lain di dunia, sungguhpun jumlah mereka jauh lebih besar, namun keadaan mereka tidak tersusun.

“Anda perlu ada suatu sistem, suatu kaedah. Jika anda mahu melakukan sesuatu dan inginkan kejayaan, ia mesti dilakukan dengan cara yang betul,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan mesej itu.

— BERNAMA