Sebuah universiti awam tutup salah laku seksual pengajar?

Sebuah universiti awam tutup salah laku seksual pengajar?

Sebuah universiti awam di Kuala Lumpur didapati menyembunyikan kes berkenaan salah laku seksual yang berlaku di institusi berkenaan.

Menurut dokumen awam yang diterima, salah laku tersebut telah disebutkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membabitkan seorang individu warganegara Palestin yang didapati menjalinkan hubungan sulit bersama pelajarnya sendiri.

Hal itu telah membuatkan berlaku suatu permasalahan membabitkan seorang bekas Timbalan Dekan universiti berkenaan yang sebelum ini menguruskan siasatan kes salah laku seksual yang terjadi di universiti tersebut.

Individu yang merupakan bekas Timbalan Dekan itu juga adalah plaintif dalam kes saman terhadap beberapa individu yang diyakini sebagai cuba mempengaruhi pihak pentadbiran universiti bagi menyembunyikan hal salah laku itu serta menfitnah palintif.

Dalam sumber yang diperolehi, plaintif telah memaklumkan mereka yang dinamakan sebagai defendan adalah pihak yang bertanggungjawab menutup serta membela salah laku seksual yang berlaku di universiti berkenaan.

Dipercayai bahawa individu warganegara Pelestin berkenaan telah melakukan perbuatan sumbang itu terhadap seorang wanita yang sudah pun berumah tangga.

Plaintif telah menamakan seramai 24 individu sebagai defendan dalam kes menfitnah plaintif sehingga menjejaskan kedudukan plaintif sebagai seorang tenaga pengajar di universiti tersebut.

Isu saman ini telah dibawa ke mahkamah dan ia sedang dalam proses menunggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.