Malaysia Dateline

Sebutan semula kes cabul Shahidan Kassim ditetapkan pada 18, 19 Mac ini

Mahkamah Sesyen II Kangar menetapkan 18 dan 19 Mac ini untuk mendengar sebutan semula kes Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan  Kassim yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen II Kangar, Ainul Shahrin Mohamad menetapkan tarikh itu selepas tertuduh  hadir untuk mendengar pengurusan kes itu hari ini.

Shahidan diwakili peguambela, Thalia Rohana Abdul Latiff, Zuhair Ahmad Zakwan dan Syed  Mohammad Anwar Syed Lokman Hakim manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fuad Abdul Aziz.

Beliau dituduh melakukan ambang seksual dengan menyentuh tangan hingga bahu seorang remaja perempuan berumur 15 tahun tujuh bulan dalam kereta di tepi jalan perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 11.30 malam, 20 Oktober  tahun lepas.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen pada 12 November  tahun  lepas , dituduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual  Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, beliau yang ditemani isterinya Datin Seri Shamsiah Md Yassin tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi.- BERNAMA