Sedap betul bila basah-basah! Ini resipi char keutiau udang, boleh makan untuk 1 keluarga lagi

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau pergi gerai tepi jalan atau pasar malam, mesti dari jauh boleh bau char kuetiau basah, aroma dia boleh buat perut berbunyi.

Sebenarnya senang sahaja nak masak di rumah, kalau ada resipi pasti ramai boleh buat di rumah.

Ikuti resipi mudah pengguna Facebook, Zainor Shima Ihsan menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Resipi char kuetiau udang

Bahan-bahan untuk pes kuah seperti berikut:

Bahan A:

  • 1 kg udang- 10/15 ekor udang (ambil kulit dan kepala untuk buat pati rebusan)
  • 3 cawan air
  • 2 senduk kicap manis
  • 2 senduk kicap pekat
  • 2 senduk sos tiram
  • 2 kiub ikan bilis
  • 1 senduk gula
  • 1 atau 2 senduk cili kering rebusan (blender)
  • 6 ulas bawang putih ( diketuk/cincang halus )
  • 2 sudu besar sos ikan

Bahan B:

  • Minyak untuk menumis
  • 1 mangkuk kuetiau halus.
  • 7 ekor udang mentah
  • 1 ikat kucai
  • 1 mangkuk taugeh
  • 1 atau 2 biji telur

Cara masak pes:

  1. Siang kulit dan kepala udang. Kemudian rebus semuanya dalam periuk sehingga masak atau air bertukar bewarna oren.
  2. Biar sejuk seketika dan lepas tu bolehlah kisarkan kepala udang dan kulitnya bersama air rebusan tadi.
  3. Tapiskan hampas dan ambil airnya. Hampas tu boleh buang atau buat baja tanaman.
  4. Kemudian ambil pati udang tadi dan masak semula dalam periuk.
  5. Campurkan semua bahan A dalam air tapisan udang tadi.
  6. Bila semua bahan tadi dah mendidih, perlahankan api dan biarkan dalam 30 minit atau lebih.
  7. Pati air rebusan akan menjadi lebih sedikit pekat dan bawang putih menjadi lembut.

Cara masak:

  1. Cuci kuey teow dengan air ,leraikan dan tapis.
  2. Bersihkan kucai dan hiris memanjang.
  3. Panaskan minyak. Masukkan udang dan kacau sampai kulit udang bertukar merah.
  4. Kemudian tambah 2 senduk pes char kuetiau.
  5. Tambah 3-4 senduk air serta 1 mangkuk kuetiau tadi. Kacau sebati.
  6. Masukkan taugeh dan kuchai.
  7. Last sekali telur.
  8. Siap terus dihidang ketika masih panas.

Selamat mencuba!

Baca juga: Hanya guna 5 bahan! Ini resipi ‘udang belon’ yang popular di Thailand