“Sedap molek!” – Ini resipi sup siam, siap bertambah kalau makan dengan telur dadar

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang biasa pergi kedai makan berkonsepkan Thailand mesti tak akan lepaskan peluang makan sup siam.

Bukannya susah untuk dibuat, malah senang dan pastinya yang tak berselera makan pun akan bertambah nasi.

Resipi ini dikongsikan pengguna Facebook, Wan LuQman menerusi halaman ‘Makan Apa Hari Nie.. (MAHN)’.

“Hari ini teringin nak makan sup tulang siam tapi mahal pula harga tulang jadi kita ganti dengan daging.

“Lagipun tulang bukan ada isi sangat pun, rugi je dengan resipi ini memang sedap molek!”.

Resipi sup siam

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Batang Sederi
  • Ubi Kentang
  • Tomato
  • Cili Padi
  • 1 Paket perencah sup siam
  • Bawang Putih
  • Lobak Merah

Cara-cara:

  1. Daging tu awak rebus dulu kejap.
  2. Tumis semua bawang putih, kentang, lobak merah dan celery.
  3. Tumis sekejap sampai bawang putih tu bertukar agak keperangan.
  4. Masukkan sesudu sos ikan thai.
  5. Masukkan 200ml air. Kemudia masukkan daging.
  6. Masukkan 1 paket rempah sup siam adabi. Tak perlu letak garam seba sos ikan dah masin.
  7. Tambah dalam 100ml air rebusan daging (ambil bahagian jernih sahaja).
  8. Letak gula sikit dan masukkan cili padi, tomato dan bawang holland.
  9. Masak sampai mendidih atau sehingga kentang menjadi lembut.

Selamat mencuba!

Baca juga: Makan saja pun sedap! Ini resepi mudah solok lada buat mereka yang ‘baru belajar’