Malaysia Dateline

Sedar RM49.2 juta tersilap masuk akaun, pasangan kekasih sempat joli sakan siap beli 4 buah rumah sebelum ditangkap

Mengaku sedar sejumlah RM49.2 juta tersilap masuk ke dalam akaun tetapi pasangan kekasih ini mengambil kesempatan dengan membelanjakan wang tersebut dengan membeli 4 buah rumah serta membayar hutang piutang.

mereka didakwa kerana dipercayai telah menggunakan wang berkenaan yang diperoleh daripada kesilapan transaksi mata wang krypto.

9News melaporkan, mereka berdua sedar akan perkara itu apabila melihat jumlah wang dalam akaun bank mereka meningkat secara mendadak.

Susulan dari itu, pasangan ini juga dikatakan telah membeli empat buah rumah dengan kelengkapan selain menyelesaikan beberapa hutang lain.

Kedua-dua pasangan ini telah didakwa di mahkamah Melbourne, namun telah dibebaskan dengan jaminan.

Bermula pada Mei tahun lalu dimana sebuah platform mata wang kripto, Crypto.com sepatutnya memasukkan sejumlah wang bernilai RM470 ke dalam akaun tertuduh wanita.

Walau bagaimanapun, tertuduh menyedari kesilapan sistem transaksi sebelum memindahkan wang tersebut ke akaun teman lelakinya.

Manakala lelaki itu mendakwa dia beranggapan bahawa wang yang masuk itu adalah hadiah kemenangan daripada satu pertandingan oleh syarikat kripto yang disertainya.

Namun, syarikat tersebut menafikan bahawa mereka mengadakan sebarang pertandingan seperti yang didakwa oleh pasangan tersebut.

Difahamkan, sebahagian daripada jumlah wang tersebut telah dikembalikan dan masih mempunyai baki sebanyak lebih kurang RM14 juta yang masih tertunggak.

Syarikat tersebut hanya menyedari kesilapan tersebut semasa audit dijalankan pada Disember tahun lalu.

“Seorang pekerja di Bulgaria yang ditugaskan untuk memproses membayar semula dana pelaburan tersilap memasukkan nombor dalam sistem mereka,” kata Pegawai Pemantau Crypto.com, Michi Chan Fores, lapor 9News.

Baca juga: RM225 bilion tiba-tiba masuk akaun, lelaki ini jujur pulangkan semula pada pemilik asal

Baca juga: Bola ‘Hand of God’ disepak Maradona pada Piala Dunia 1986 bakal dilelong dengan harga RM15.9 juta