Malaysia Dateline

Sedekah belon setiap hari pun boleh dapat rezeki limpah ruah

Tanpa meletakkan sebarang harga sebiji belon yang ditiup atau direka lelaki ini mampu meraih rezeki yang melimpah ruah.

Seperti kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih mungkin inilah yang dipegang oleh beliau.

Percaya dan yakin pada Allah sahaja, tanpa menetapkan harga bagi setiap belon yang diberikan kepada sesiapa sahaja, Atan Azmi, dari Georgetown, Pulau Pinang mampu memperolehi rezeki melimpah ruah.

Sedekah belon setiap hari pun boleh dapat rezeki limpah ruah

Bagi Atan, meniup dan memberikan belon yang ditiupnya tanpa meletakkan sebarang harga sudah menjadi rutin sejak tiga tahun yang lalu.

Siapa sahaja yang bertandang ke Padang Kota, pasti akan bertemu dengan Atan yang memakai pelitup muka serta pakaian seragam berwarna merahnya.

“Pelbagai bentuk belon boleh direka mengikut citarasa pelanggan khususnya kanak-kanak. Seringkalinya belon-belon yang telah ditiup dengan sempurna dari pelbagai warna diberikan secara percuma.

“Saya tidak menetapkan sebarang harga bagi setiap belon yang saya berikan kepada sesiapa sahaja. Namun begitu saya boleh memperolehi antara RM100 hingga RM300 sehari bergantung kepada hasil ikhlas yang diberikan.

“Selalunya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Padang Kota memang menjadi tumpuan orang ramai yang membawa anak-anak mereka termasuklah pelancong dari luar Pulau Pinang,” ujar beliau ketika ditemui.

Baca juga: Misteri stesen minyak Caltex, netizen dedah walau 6 tahun dah tutup tapi ramai singgah isi minyak