Malaysia Dateline

‘Sedia beri kerjasama tapi tak akan dedah nama MP sokong saya’

Selesai memberi keterangan kepada Bukit Aman hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan mendedahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memberitahu, beliau disiasat untuk enam kes yang membabitkan ada di antara pelapor meminta agar nama ahli Parlimen yang menyokongnya didedahkan.

Menurutnya, beliau telah diminta untuk mendedahkan nama setiap ahli Parlimen dan juga perincian tentang pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya dah diambil keterangan. Ada enam kes terhadap saya dan umumnya menjurus kepada memohon supaya diberikan nama-nama ahli Parlimen yang menyokong saya.

“Laporan juga menjurus soal pertemuan saya dengan Agong. Jadi saya bagitahu pertemuan saya dengan Agong adalah antara saya dengan Baginda sahaja.

“Tidak munasabah untuk orang mengetahui secara terperinci apa yang berlaku antara saya dengan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita di depan Balai Polis Daerah (IPD) Bukit Aman.

Anwar dilaporkan hadir ke Bukit Aman sekitar jam 3 petang sebelum keluar semula kira-kira jam 5.10 petang