Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Sedia pelan komunikasi strategik lawan penyebaran maklumat palsu koronavirus

Sedia pelan komunikasi strategik lawan penyebaran maklumat palsu koronavirus

BernamaJanuary 30, 2020 7:00 am




Setiap agensi kerajaan perlu bersedia dengan pelan komunikasi strategik yang berkesan bagi melawan penyebaran maklumat tidak sahih di pelbagai medium termasuk media sosial berkaitan 2019 novel koronavirus.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahrudinn Jamal berkata berkata pelan komunikasi berkesan boleh membantu mengawal maklumat tidak sahih dari disebarkan selain mengurangkan keresahan dalam masyarakat berkaitan koronavirus.

“Kita (kerajaan negeri) juga perlu memberikan sokongan yang berterusan sekali gus membantu menyebar luaskan maklumat yang sahih daripada Kementerian Kesihatan serta Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada agensi-agensi keselamatan pada Majlis Aspirasi Pengurusan Keselamatan 2020, pada Rabu.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani, Pegawai Kewangan Negeri Datuk A.Rahim Nin dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Dr Sahruddin  turut mengucapkan tahniah kepada semua kepimpinan tertinggi serta anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaan atas komitmen diberikan sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata hal ini kerana kadar indeks jenayah  di Johor menunjukkan penurunan pada 2019 iaitu kepada 9,870 kes berbanding 10,338 kes pada 2018.

Bagaimanapun, Dr Sahruddin mengingatkan agensi terlibat supaya sentiasa berjaga-jaga dan tidak mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap sebarang kemungkinan ancaman selain tidak mengambil mudah walaupun masih belum berlaku ancaman serius di negeri ini.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production