Sedihnya tengok, netizen baru perasan Fattah Amin masih setia sarung cincin kahwin 

Oleh KIM SYAZIE

Sejak bercerai pada 7 Oktober lalu, Fattah Amin kerap menjadi perhatian pengguna media sosial sehinggakan beberapa fotonya termenung di hadapan masjid turut menjadi topik perbincangan ramai.

Ramai berasa kasihan dengan aktor tersebut yang sepanjang kariernya tidak pernah mencetuskan kontroversi murahan.

Terbaharu, klip video Fattah yang kelihatan sugul ketika makan bersendirian sambil bermain telefon bimbit di sebuah restoran di platform TikTok.

Dalam perkongsian itu, Fattah kelihatan masih menyarungkan cincin perkahwinannya bersama aktres, Nur Fazura sekali gus mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Biarpun sudah berpisah Isnin lalu, rata-rata netizen mendakwa pelakon itu masih menyayangi bekas isterinya, Fazura kerana tetap memakai cincin perkahwinan mereka.

Malah, ada segelintir mereka masih berharap agar Fattah rujuk semula dengan pelakon filem Pisau Cukur itu.

Fattah juga pada kelmarin mengakui masih lagi menyayangi Fazura sebagai insan yang pernah hadir dalam hidupnya.

“Lelaki kalau masih pakai cincin kahwin, itu bermakna dia masih sayangkan isteri dan perkahwinan itu. Kalau dia tak sayang, dah lama dia tak pakai cincin itu kecuali hilang,” komen seorang netizen.

“Sepinya seorang lelaki bila dirinya dibuat seperti tak berharga langsung tapi mungkin ada kebenarannya,” kata seorang lagi netizen.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah perkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Namun rumahtangga mereka tidak bertahan lama selepas tujuh tahun mengecap kebahagiaan.

Baca juga: Syarikat pengendali platform media sosial didakwa buang 700 pekerja di Malaysia?