Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Segelintir keluar parti tidak jejas sokongan 70,000 anggota PKR di Perak, kata Farhash

Segelintir keluar parti tidak jejas sokongan 70,000 anggota PKR di Perak, kata Farhash

MALAYSIADATELINEMarch 3, 2020 8:23 am




Tindakan sekumpulan kecil ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak keluar parti, tidak akan menjejaskan kekuatan parti itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak,Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak berkata, keahlian parti di negeri itu kini mencecah 70,000 anggota tidak langsung memberi impak kepada kekuatan parti di peringkat akar umbi kerana bilangan mereka yang keluar parti amatlah sedikit bilangannya.

“Pada minggu ini sahaja pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak menerima pertambahan sebanyak 700 anggota baru yang memilih KEADILAN sebagai wadah perjuangan mereka.

“Berikutan tindakan ahli parti yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan perjuangan reformasi kita, saya harap mereka sedar pengkhianatan mereka adalah kepada rakyat Malaysia.

“Saya lebih cenderung melihat perkara ini sebagai gerakan pembersihan parti dari golongan munafik yang sanggup menggadai diri.

“Mari kita berdiri teguh dan rapatkan saf demi perjuangan reformasi yang belum selesai. Lihatlah ini sebagai peluang untuk bergerak dengan lebih kuat kerana kini tidak wujud lagi kabilah ‘kartel’,” ujarnya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin bertempat di Tower Regency Hotel, Ipoh berlangsungnya majlis pengisytiharan keluar parti oleh sekumpulan kecil anggota PKR dari beberapa cabang di negeri Perak.

Kerajaan PH Perak bakal tumbang susulan perubahan kepimpinan di peringkat pusat yang berlaku dalam tempoh seminggu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 24 Februari lalu, membawa kepada keluarnya Bersatu daripada gabungan Pakatan Harapan.

 

 

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production