Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Segera tangani masalah air Orang Asli Leboh, Kangkar Senangar
Khairuddin (kanan) menunjukkan paip yang telah dipasang sejak tahun 2002

Segera tangani masalah air Orang Asli Leboh, Kangkar Senangar

AMNI JAGATJuly 16, 2019 12:06 pm




ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim hari ini menyuarakan keluhan agar permasalahan bekalan air di Kampung Lama Orang Asli Leboh, Kangkar Senangar Batu Pahat dapat diselesaikan segera.

Beliau yang melawat kampung orang asli berkenaan berpendapat bahawa permasalahan yang membelenggu penduduk sejak tahun 2002 itu perlu mendapat perhatian dari pihak kerajaan PH di Johor.

Menurutnya lagi, pemasangan paip utama sudah siap sejak tahun 2002 namun perkara yang berlarutan sehingga 17 tahun itu tidak dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan terdahulu.

“Saya berharap kerajaan hari ini akan menyelesaikan permasalahan ini dalam kadar segera kerana masih terdapat orang asli seramai 26 keluarga yang terpaksa menggunakan punca sungai berdekatan sebagai sumber air mereka.

Lim Abdul Rahman

“Selain sungai mereka terpaksa menggali perigi sendiri untuk mendapatkan sumber air mentah bagi kegunaan harian mereka.

“Saya akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan permasalahan yang masih belum diselesaikan itu,” ujarnya ketika melawat kampung berkenaan.

Menurut Ketua Masyarakat Orang Asli Jakun Leboh, Lim Abdul Rahman, 54, berkata penduduk telah mengeluarkan duit poket mereka sendiri bagi menyiapkan kerja-kerja pemasangan paip sambungan ke rumah namun sehingga kini janji kerajaan waktu itu masih belum tertunai.

Beliau turut berkata, penduduk masih mengharapkan apa yang diusahakan mereka itu dapat diselesaikan serta mereka berharap kerajaan yang baharu ini dapat menyelesaikan permasalahan ini.

“Kami tak ada duit tapi kami usahakan juga modal sendiri apabila kerajaan terdahulu menjanjikan perkara ini dapat diselesaikan.

“Tapi sampai hari ini kami masih tak dapat menikmati air bersih yang dijanjikan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Kami sungguh berharap agar perkara ini dapat diselesaikan.

“Kami merayu agar apa telah kami usahakan akan disegerakan kerana kami sudah tidak larat untuk bergantung harap kepada sumber air sungai dan terpaksa menggali perigi,” ujarnya ketika ditemui.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production