Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Segerakan siasatan  kebocoran gas di  Baram, kata Baru Bian

Segerakan siasatan  kebocoran gas di  Baram, kata Baru Bian

MAHDAR BUJANGJanuary 14, 2020 10:00 am




Menteri Kerja Raya, Baru Bian berharap agar siasatan segera dan teliti dilakukan ekoran insiden kebakaran sepanjang saluran paip gas Long Kawa dan Ba’ Selulung di Baram, Miri.
Menerusi kenyataannya,  beliau melahirkan rasa terkejut dengan laporan terkini mengenai insiden berkenaan yang tercetus berikutan kebocoran pada Saluran Paip Gas Sabah Sarawak Petronas (PSSP).
“Saya dimaklumkan bahawa insiden itu telah menyebabkan banyak keresahan dan mencetuskan rasa takut kepada para penduduk yang berdekatan dengan saluran paip gas itu.
“Justeru saya sendiri amat prihatin kerana ini adalah insiden keempat selepas satu insiden di Long Segaman, Lawas pada awal Mei tahun lepas. Untuk itu saya minta siasatan segera dan teliti dan taklimat penuh kepada saya secepat yang mungkin,” tegasnya.
Sementara itu, kebocoran gas tersebut dilaporkan dikesan pada jam 2.00 pagi kelmarin dan menyebabkan kebakaran.
Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan dan kebocoran gas berjaya diatasi sepenuhnya pada jam 6.40 pagi hari yang sama.
Lima perkampungan Penan terletak berhampiran dengan saluran paip tersebut iaitu Kawa, Long Siang, Ba’ Selulung, Long Kevok dan Long Urang.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production