Sehari sambutan AMANAH ke-3 tahun

Sehari sambutan AMANAH ke-3 tahun

Parti Amanah Negara (Amanah)  pada 22 September 2018 telah menyambut  tiga tahun penubuhan parti itu yang diadakan di Temerloh, Pahang.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu dalam ucapannya menyasarkan  keahlian AMANAH akan mampu mencecah 500,000 menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Turut  hadir Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub yang juga Menteri Pertanian; Setiausaha Agung Amanah; Mohd. Anuar Tahir; Naib Presiden Amanah yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefli Ahmad.

LENSA merakamkan beberapa aktiviti yang diadakan sepanjang sehari sambutan diadakan itu.

Lima menteri kabinet Amanah ketika seis soal jawab di kalangan hadirin dalam program sambutan iaitu Bicara Bersama Menteri.

Mohamad bersama Sasterawan Negara, A. Samad Said melancarkan buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Negara.

Perakilan Awan tidak melepaskan peluang bergambar bersama Datuk Mahfuz Omar yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Mohamad melancarkan t-shirt Pemuda Amanah yang baru.

 

Antara persembahan yang di pertontonkan kepada hadirin pencak silat pembuka majlis.

Tarian Naga antara persembahan kebudayaan yang diadakan pada sambutan ulang tahun ke 3 Amanah.

Sesi bergambar Fitness Dance bersama Warda yang turut disertai Dr Mariah Mahmud dan Anis Afida.

Sesi Fitness Dance secara tertutup bersama Warfa di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Salam seorang hadirin yang sempat melihat buku biografi Mohamad Sabu yang dijual pada majlis sambutan Amanah ke-3 di Termerloh,

Seramai 3,000 perwakilan dan penyokong hadir pada sambutan ulang tahun penubuhan AMANAH yang diadakan di Temerloh, Pahang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

640 total views, 14 views today

CATEGORIES
TAGS