Sehelai tisu bukti gerak hati rakyat pada Muhyiddin

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sehelai tisu yang diterima oleh  bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau berada di sebuah kafe pagi tadi, telah menyentuh hati beliau lalu memuat naik sekeping gambar di dalam Facebooknya hari ini.

Kata Muhyiddin,”saya rasa tersentuh hati menerimanya dari seorang wanita di sebuah kafe pagi tadi. Terima kasih.” ujar Muhyiddin kepada pemilik tisu yang hanya dikenali sebagai Amy itu.

Di atas tisu itu tertulis:

“Kepada YB Tan Sri Muhyiddin. Terima kasih banyak kerana mempertahankan kami ketika tiada siapa berani melakukannya.

“Kami semua untuk anda dan kami berdoa agar perjuangan anda tidak sia-sia. Semoga Tuhan memberkati anda dan negara kita,” tulis Amy.

Gambar yang dimuat naik dalam tempoh sejam itu telah dikongsi 1,222 pengunjung dan menerima 626 komen daripada netizen pelbagai kaum.

Antara komen yang dipetik daripada Ezran Mohd : “Teruskan perjuangan Tan Sri, jangan langsung mengalah, kalau terpaksa berjuang atas bukan platform Umno pun insyaAllah saya sokong demi menyelamatkan Malaysia dan rakyat yang semakin tertindas akibat beban pelaksanaan kerajaan sekarang. Tubuh lah parti baru jika betul-betul terdesak,rakyat bersama TSMY. kami tiada pilihan sekarang sama ada BN atau pembangkang yang kalau dipilih pun tidak banyak kebaikan kepada bangsa dan negara,” ujarnya.

Mad Madu dalam keadaan `marah’ pula mendesak Muhyiddin keluar parti dengan menyatakan: “Jika dah nampak semua kesalahan Umno kenapa masih nak bepayongkan DSN (Datuk Seri Najib) keluar parti lawan sampai titisan semangat terakhir biar di gelar derhaka. Jadilah pejuang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Bahaman kerana kita dah tiada lagi yang betul-betul berjuang untuk anak bangsa melayu..’take noted’ TSMY,” ujarnya

Tony Yau pula berkata, apa yang beliau sedari ramai orang menyokong Muhyiddin untuk menegakkan kebenaran.

Seperti katanya,” As far as I know, many people are supporting you for seeking out the truth and your struggle. Since you are doing this for the love of your party and the rakyat, many admire your courage to have even loss of cabinet positions in your cause. I can safely say all races or most Malaysians are behind you. (Setakat yang saya tahu, ramai orang menyokong anda untuk  berjuang mencari kebenaran. Anda melakukan ini kerana mencintai parti dan rakyat, ramai mengagumi keberanian anda walaupun kehilangan jawatan kabinet. Saya boleh menyatakan semua kaum kebanyakannya rakyat Malaysia berada di belakang anda).

Muhyiddin digugurkan dari kabinet kerana dilihat lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion. Atas sebab kelantangannya itu beliau dihalang daripada merasmikan tiga sayap parti itu di Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lalu.

TAGS