Malaysia Dateline

Sejak tidak sediakan pengecas dan fon telinga Apple dapat untung tambahan RM27 bilion

Sejak tidak menyediakan pengecas dan fon telinga Apple mendapat keuntungan tambahan sebanyak RM27 bilion.

Seperti yang kita tahu, Apple telah melancarkan siri iPhone 12 tanpa palam pengecas dan fon telinga di dalam kotak.

Apple telah berhenti memberikan aksesosi iPhone sejak tahun 2020.

Alasan yang diberikan ialah bagi mengurangkan sampah elektronik kerana pengguna didapati tidak mengeluarkan dua aksesori ini dari kotak memandangkan majoriti sudahpun memilikinya sebelum ini.

Dengan ini Apple berharap mereka dapat memenuhi sasaran menjadi lebih lestari menjelang 2030.

Menurut laporan The Mac Observer, selain menjadikan syarikat lebih lestari, ia turut meningkatkan keuntungan tambahan syarikat sebanyak $6.5 bilion (RM27 bilion).

Sejak tidak sediakan pengecas dan fon telinga Apple dapat untung tambahan RM27 bilion
Apple telah berhenti memberikan aksesosi iPhone sejak tahun 2020

Anggaran dilakukan berdasarkan penjimatan sekitar $35 sekotak dengan tidak lagi menyertakan kepala pengecas, fon telinga dan penggunaan kotak bungkusan yang lebih kecil.

Selain itu Apple menjana pendapatan tambahan lagi apabila pelanggan membeli kepala pengecas dan aksesori audio baharu yang selama ini diberikan percuma.

Baca juga: