Malaysia Dateline

Sejarah buktikan DAP anti parti komunis China

Nak ubah buku sejarah tu tipu sahaja. Saya adalah Panel Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Khoo Kay Kim dan beberapa orang lagi. Saya nak betulkan fakta sejarah Malaysia.

DAP tak condong pada Parti Komunis Malaya (PKM) atau PKC. Sebab tu sejak DAP ditubuhkan dalam tahun 1966 hingga sekarang DAP tidak pernah pun jemput wakil PKC hadir Persidangan Agong DAP.

Yang jemput wakil PKC sebagai pemerhati ialah Umno dan MCA. Kalau DAP condong pada PKC sudah tentu PKC selalu jemput pemimpin-pemimpin DAP hadir dalam Kongress PKC.

Pemimpin DAP seperti Dr.Chan Man Hin, LKS, LGE dan ramai lagi memohon visa untuk melawat China pun tak diberi. LGE 10 tahun jadi KM Penang dan 2 tahun jadi Menteri Kewangan Malaysia pun tak dapat visa nak lawat China.

Sebenarnya sebelum tubuh DAP parti asal yang mereka tubuh ialah PAP of Malaysia. Mereka anak didik Lee Kuan Yew. China anti LKY atas sebab Singapore antara negeri yang simpan wang USD, Pound dan Emas yang dibawa lari oleh Koumintang tahun 1949.

PKC sejak zaman Mao Zedong, Hua Guofeng Deng Xiaoping meminta berkali-kali suruh Singapore pulangkan wang dan emas yang dibawa lari oleh Komintang dan simpan di S’ingapore tetapi Singapore enggan.

Tahun lepas apabila berlaku rusuhan di Hong Kong, mastermindnya ialah CIA yang berpejabat di Kedutaan US Singapore. Wang di salurkan ke akaun NGO melalui HSBC dan OCBC Bank.

Oleh kerana DAP adalah kembar PAP maka kerajaan Komunis China cukup benci pada DAP.

Dulu yang lulus projek Forest City, Kulim City sehingga beratus ribu China Komunis dapat PR Malaysia siapa yang bagi?!!

Nadwa dari Bersatu yang cakap kata DAP tu Komunis tak faham sejarah. Beliau keluar Umno sama dengan Anina Saadudin dan Datuk Hamidah Osman, lepas tu tak dapat jawatan dan tak dapat bertanding PRU jadi cakap merapu.

Maaf saya bukan sokong DAP tetapi saya sokong kebenaran fakta Sejarah.