Malaysia Dateline

Sejuk menggigil hantar pesanan, ‘rider’ ini termenung sikap terburu-buru pelanggan

Belum habis menggigil kesejukan menyiapkan hantaran pesanan, seorang ‘rider’ terkilan dengan sikap pelanggan yang cepat sahaja menekan butang aduan kerana menganggap tidak mendapat makanan.

Sepatutnya, pelanggan sentiasa bersedia dengan kehadiran penghantar sejurus selesai urusan memesan makaanan.

Kasihanilah penghantar makanan. Jangan kerana sikap terburu-buru kita menutup periuk nasi mereka. Dalam masa sama operator aplikasi juga perlu membuat siasatan teliti sebelum menggantung perkhidmatan ‘rider’.

Ikuti tulisan Akmal Syafie yang berkongsikan nasibnya sebagai penghantar makanan:

Kepada pelanggan yang dihormati. Saya rider Foodpanda minta tolong sangat-sangat janganlah terus tekan butang complain sebab makanan tak dapat.

Jenguk ke luar pintu terlebih dahulu, ada atau tidak. Ini terus komplen dah kena macam ni…

Telefon tak dapat, chat tak balas. Bagi salam pun tidak menyahut. Saya pun letak saja di depan pintu. Akhirnya, mendapat macam ni elok-elok habis shift, dapat, terus termenung😭🤦

Saya tak terfikir nak roger cc sebab dalam keadaan basah sejuk menggigil hantar pesanan malam-malam, mindset saya nak selesaikan last order ni, sebelum balik rumah. Tapi apapun, saya redha sajalah, salah saya juga.

Baca juga Wanita kongsi pengalaman jadi rider, sebulan boleh dapat lebih RM5,000

Baca juga Selalu berpeluh semasa tidur, ini 10 sebab mengapa ia terjadi