Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Sejumlah RM1 bilion bagi Program Hasil Baharu bermula 2019 hingga 2022

Sejumlah RM1 bilion bagi Program Hasil Baharu bermula 2019 hingga 2022

Oleh MALAYSIA DATELINE. Foto: WAN ZAHARI WAN SALLEHMay 3, 2019 7:33 pm




Kerajaan Pakatan Harapan telah bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi Program Hasil Baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh 4 tahun, dari 2019 sehingga 2022.

Perkara ini diputuskan dalam perbincangan strategik antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) yang berlangsung hari ini.

Perbincangan strategik ini adalah susulan daripada pembentangan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)” di Dewan Rakyat pada 10 April yang lalu yang telah membuka ruang untuk memperkenalkan tanaman-tanaman baharu yang mampu memberi hasil dalam tempoh yang singkat dan melalui proses agregasi, mencapai ekonomi bidangan.

Kedua-dua kementerian ini telah berbincang untuk menentukan masa depan sektor pertanian negara yang merupakan satu hala tuju baharu, di mana kementerian tidak bergerak secara bersendirian tetapi sebagai satu pasukan dalam merangka pendekatan yang baru untuk mereformasikan sektor pertanian negara.

Menurut kenyataan bersama Menteri Kewangan Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Pertaian Datuk Salahuddin Ayub, MEA dan MOA mempunyai peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan mengenal pasti hasil pertanian yang berpotensi untuk meletakkan sektor pertanian sebagai pemacu ekonomi negara.

“Kedua-dua Kementerian serta agensi-agensi berkaitan komited untuk menggembleng sumber dan kepakaran sedia ada secara optimum ke arah mentransformasikan sektor pertanian. Setiap Kementerian akan menyumbang kekuatan bidang masing-masing untuk mencapai matlamat ini,” ujar kenyataan tersebut.

Agensi-agensi bawah MEA seperti FELDA, FELCRA Berhad dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memiliki ‘land bank’ yang luas dalam pembangunan sektor pertanian yang mampu mencapai ekonomi bidangan
dan meningkatkan jaminan bekalan makanan negara.

Di samping itu, penglibatan jabatan dan agensi MOA, antaranya Jabatan Pertanian (DOA), Jabatan Perikanan (DOF), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP) dalam menyediakan khidmat nasihat teknikal dan pemasaran juga dapat memastikan usaha ini mencapai matlamatnya.

“Kerjasama MEA dan MOA merupakan langkah pertama dalam membina sinergi antara kementerian agar tidak berlaku pertindihan fungsi dan pembaziran sumber.

“Sebagai contoh, kepakaran penyelidikan yang ada di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) boleh menjadi panduan kepada penentuan tanaman-tanaman baharu yang dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dalam jangka masa yang lebih singkat.

“Perbincangan hari ini juga meneroka potensi teknologi baharu era Revolusi Industri 4.0 seperti artificial intelligence, analisis Big Data, dron dan Internet of Things (IoT) dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

“Kejayaan sinergi ini bakal memberi manfaat kepada semua pemegang taruh sektor pertanian, termasuk pengguna, apabila hasil tanaman dan ternakan berkualiti tinggi memperoleh harga yang berpatutan, memenuhi keperluan pasaran serta menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada golongan petani, peneroka dan pekebun kecil,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Lebih 60 negara dimasuki virus baharu Covid-19 dari UK

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production