Satu demi satu khabar mengenai Aman Graseka tersebar selepas selebriti itu dikatakan sedang hidup susah sehingga terpaksa meminta bantuan kewangan daripada rakan-rakan artis lain.
Penyanyi Mas Idayu atau nama penuhnya Mas Idayu Mesnun pada semalam meluahkan rasa terkejut mendengar berita tersebut memandangkan dia tidak berhubung dengan bekas suaminya itu baik dalam telefon atau media sosial.
Namun Mas Idayu ada juga memberitahu bahawa Aman Graseka seolah dikawal oleh isterinya.
Perkara sama turut didedahkan pelakon Ellie Suriaty Omar yang mendakwa bahawa kegiatan meminta bantuan daripada rakan artis ini dilakukan isteri Aman Graseka.
Jelasnya, dia pernah cuba menghubungi Aman, tetapi dikatakan isterinya itu banyak berdalih seperti tidak membenarkan orang bercakap dengan suaminya itu.
Dedah Ellie lagi, bukan sahaja dia, rakan artis yang lain juga turut lalui perkara yang sama, hanya cuma minta berikan wang.
Dakwa Ellie lagi, isterinya itu telah melarang Aman untuk berlakon sedangkan tawaran yang diberikan kepada Aman agak banyak.
“Isteri dia kena bagi dia terus berlakon kerana itu punca mata pencarian Aman Graseka. Isteri dia yang mesej-mesej menyamar jadi Aman.
“Yaa bila kita minta nak cakap dengan Aman, dia kata talian tak ok. Bila saya hubungi tak dijawab. Ada bantu sebab mengenangkan Aman tu kawan tapi bila kita nak hubungi tak boleh. Dia cakap mesej je.
“Artis lain cakap benda sama dengan saya. Mereka pun hubungi Aman nak tahu perkembangan tapi tak dapat cakap. Cuma minta masukkan duit sahaja.
“Isteri dia hantar gambar anak-anak sakit. Gambar diulang-ulang guna pada orang lain. Jadi kami dapat tahu itu kerja isteri dia. Kesian Aman. Bukan tak ada tawaran, isteri yang tak bagi shooting. Dia suruh Aman kerja bawa Ninja Van hantar parcel tu,” kata Ellie.
Malah, isterinya itu dikatakan telah menyuruh Aman untuk melakukan kerja-kerja menghantar barang.
Ellie tidak menafikan bahawa Aman seorang pelakon yang bagus dan seorang yang mudah untuk berurusan, malah Aman juga dikatakan seorang yang profesional.
Jadi, Ellie menasihatkan isteri Aman untuk tidak perlu rasa ‘cuak’ untuk membiarkan suaminya itu berlakon demi mencari rezeki.
Baca juga: “Jiran tegur bila aku mengandung lagi. Padahal ini kali pertama jejak rumah suami sejak PJJ”