Sekali tengok pun dah terliur, wanita kongsi cara buat ‘Donut Gebu’

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau kita lihat di pusat beli belah, donut yang dijual di sana kelihatan gebu dan bila makan elok sahaja lembutnya.

Kalau buat dekat rumah, ada yang keras ada yang tak gebu, lain kejadiannya, tak sama macam beli di kedai.

Pengguna Facebook, Meq Sue Sirak berkongsi di halaman Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), resipi untuk buat donut gebu yang dijumpai di Google.

Resepi Donut Gebu (sumber google)

Bahan-bahan

  • 250g tpg high protein
  • 2 sudu B gula kastor
  • 2 sudu B susu tepung
  • 4 gram (g) yis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 g cream super
  • 35 g Marjerin
  • air sejuk peti ais+ 1 biji kuning telur – jadikan 130g – 140g

Cara buat Donut Gebu

  1. Campurkan semua bahan boleh uli guna bm atau mixer. Apa yg penting uli doh sampai ELASTIK.
  2. Siap uli boleh terus bulatkan mereka.
  3. Rehatkan doh lebih kurang 10 min. Kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
  4. Perap selama 45 min hingga 1 jam sehingga donut kembang, ringan (bergantung pada keadaan suhu persekitaran dan kadar penggunaan yis).
  5. Goreng guna api perlahan sahaja, balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak.
  6. Adunan menghasilkan 15 biji donut doh 30g.
  7. Sukatan sudu guna sudu metrik.

Wah kalau teringin nak buat boleh terus cari bahan dekat kedai, senang dan boleh dibuat untuk majlis atau minum petang.

Baca juga: Teringin nak makan sambal goreng garing? Wanita kongsi resipi, boleh tahan sampai sebulan