Sekarang bukan masa tepat naik gaji, kata Tun M

Sekarang bukan masa tepat naik gaji, kata Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan masih belum tiba masanya untuk kerajaan menaikkan gaji penjawat awam di negara ini.

Katanya, ini kerana jumlah kakitangan awam yang ada hari ini adalah ramai iaitu 1.6 juta orang selain faktor kekangan kewangan.

“Sekarang bukan masa tepat untuk kita memberi gaji lebih tinggi kepada penjawat awam.

“Kami mempunyai dasar dan tidak dapat melakukan dengan segera. Kami majikan yang besar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Yayasan Selangor, malam tadi.

Dr Mahathir berkata, peningkatan gaji juga perlu seiring dengan peningkatan produktiviti.

Selain itu, kata beliau, kerajaan hari ini perlu menyelesaikan hutang yang ada terlebih dulu sebelum memikirkan mengenai kenaikan gaji

“Apa yang boleh saya katakan, asas (mengenai kenaikan gaji) sudah ada tetapi belum masanya untuk ia dilaksanakan,” katanya dipetik Berita Harian Online.

9.5
OVERALL SCORE
: 8.0
3 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS