Malaysia Dateline

Sekarang giliran MCA pula kata Hannah Yeoh ‘gila’

Selepas mengecam MCA yang didakwanya sebagai ‘gila’, kini giliran MCA pula mengecam ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang juga dianggap ‘gila’ kerana tidak melihat sesetengah pemimpin DAP yang mahu bekerjasama dengan Umno.

Menurut jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan, tindakan MCA menawarkan khidmat guaman kepada mereka yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Persegerakan (PKP) adalah kerana kompaun RM10,000 dikenakan kepada pesalah yang berulang.

“MCA menawarkan khidmat guaman untuk membantu mereka yang dikenakan kompaun secara salah,” kata Mike dalam satu kenyataan bagi menjawab dakwaan Hannah.

Menurut Hannah, tindakan MCA dan Umno menawarkan khidmat guaman untuk mereka yang dikenakan kompaun kerana melanggap SOP PKP adalah ‘gila’ kerana kedua-dua parti itu berada dalam kerajaan yang membuat peraturan itu.

Bagi MCA, Hannah pula boleh dianggap ‘gila’ kerana memejamkan sebelah mata terhadap sesetengah pemimpinnya yang sedang ‘gila’ mahu menjilat Umno semula selepas sekian lama menyerang parti itu.