‘Sekarang pun sudah separuh gila, jika saya dilantik MB sudah tentu orang itu…’

Oleh NASUHA RAHMAN

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan ‘orang itu’ sudah menjadi separuh gila jika beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

“Sekarang pun (orang itu) sudah separuh gila,” katanya tanpa menamakan siapa individu itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi meja bulat membabitkan parti komponen PH dan BN Kedah, malam tadi.

Mahfuz turut menepis khabar angin bahawa beliau bakal dilantik menjadi Menteri Besar sekiranya PH menang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Sudah tentu saya tidak akan menjadi poster boy untuk PH Kedah, jika saya dilantik sebagai Menteri Besar pula pasti ada yang akan dimasukkan ke wad gila,” katanya.

Apa yang lebih penting bagi PH dan BN katanya Menteri Besar selepas ini harus datang daripada gabungan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan ia selari dengan aspirasi Kerajaan Pusat.

Mengulas mengenai tindakan Perikatan Nasional (PN) yang menamakan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai poster boy gabungan itu pada PRN akan datang, bahkan perkara itu sudah dijangkakan.

“Itu sudah dijangka, mereka tidak ada calon lain yang lebih baik. Satu-satunya calon yang mereka ada ialah lelaki berkenaan,” katanya.

Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar Kedah sekiranya PN menang di negeri ini pada PRN akan datang.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, Muhammad Sanusi juga akan menjadi wajah hadapan atau poster boy parti itu pada PRN yang dijangka diadakan pada Julai depan.

Baca juga: Tuanku lagi bijaksana, hantar orang lain maknanya tak berkenan MB Kedah

Baca juga: View Chin akui perniagaannya sudah musnah – “Saya pulang semua duit pelanggan, rumah sudah kosong”