Malaysia Dateline

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Sekarang zaman abad ke-21 bukan perang dunia pertama, Athirah bidas Nik Abduh

Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) membidas kenyataan Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan mengatakan sekarang adalah zaman abad ke-21 bukan zaman perang dunia pertama.

Ketua AWAN Aiman Athirah Sabu berkata konotasi bendera putih yang dimaksud rakyat hari ini adalah suci hati membantu, suci hati mohon bantuan, berduka perjuangan dan Malaysia perlu dibersihkan.

“Ini konotasi kami, bukan surrender macam Abduh pegang, ini sudah zaman abad ke-21 bukan zaman perang dunia pertama.

“Dia tahu bendera putih hanya untuk ‘surrender’ sahaja ke,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Katanya, tidak dinafikan Islam memang mengajar berdoa dan berusaha berjalan seiring kemudian bertawakal dan sekarang rakyat jaga rakyat itu adalah tawakal.

“Tawakal itulah sekarang rakyat jaga rakyat,” bidasnya lagi.

Beliau turut mempersoalkan di mana Pas ketika rakyat sedang bergelut dengan emosi kerana tertekan dengan masalah kewangan sehingga ada yang bertindak bunuh diri.

Tahun lepas sahaja katanya sebanyak 266 kes bunuh diri yang mana melibatkan 60 % dalam kalangan muslim bunuh diri akibat tertekan dengan kehilangan sumber pendapatan

Nik Abduh dalam status di Facebooknya seolah-olah memperlekehkan usaha rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika PKP ini di mana beliau meminta orang ramai mengangkat tangan berdoa kepada Allah SWT ketika menghadapi ujian bukannya bendera putih.

“Angkat tangan berdoa kepadanya itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan, jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” kata Nik Abduh.