Sekat rakyat Malaysia ke Korea Utara elak konspirasi

Sekat rakyat Malaysia ke Korea Utara elak konspirasi

Lim Lip EngAhli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mahu kerajaan menyekat rakyat negara ini supaya tidak ke Korea Utara buat masa ini.

Beliau berkata, ekoran ketegangan hubungan diplomatik dan kemunculan teori-teori konspirasi berikutan pembunuhan Kim Jong-nam kewajaran kerajaan berbuat demikian.

“Kematian membabitkan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un sepuluh hari lalu di KLIA 2, saya merasakan sudah tiba masanya untuk Kementerian Luar meminta semua rakyat Malaysia supaya tidak ke Korea Utara buat masa ini.

“Kerajaan wajar memberi peringatan kepada rakyat mengenai kes kehilangan 4 orang wanita warga Malaysia yang disyaki telah diculik oleh Korea Utara, dan dilaporkan kali terakhir dilihat di Pyongyang pada tahun 1978,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tugas terpenting Menteri Luar buat masa sekarang katany lagi, untuk memastikan tidak ada mana-mana warga Malaysia yang diculik atau hilang sementara siasatan ke atas pembunuhan Kim Jong-nam sedang berjalan.

Kerajaan Malaysia mesti mengambil segala langkah perlu untuk mengelak sebarang tindakbalas yang tidak diingini oleh pihak berkuasa Korea Utara yang boleh menjejaskan keamanan negara dan keselamatan rakyat Malaysia.

TAGS