Sekatan 7 negara Islam ke AS: Mengapa Najib masih diam, soal Kit Siang

Sekatan 7 negara Islam ke AS: Mengapa Najib masih diam, soal Kit Siang

Penasihat DAP Lim Kit Siang mempersoalkan pendirian Malaysia terhadap sekatan dilakukan Presiden As Donald Trump untuk menghalang kemasukan pelarian dan pelancong dari tujuh negara Islam ke Amerika Syarikat (AS).

Kit Siang berkata, sikap mendiamkan diri Malaysia lebih-lebih lagi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang pernah mengilhamkan untuk satu gerakan kesederhanaan global sebaliknya masih tidak memberikan sebarang respon dengan tindakan Trump ini.

“Indonesia telah menyatakan pendirian apabila Menteri Luarnya Retno Marsudi telah berkata negara itu yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia, tidak bersetuju Trump mengharamkan kemasukan 130juta orang dan menolak kemasukan semua pelarian daripada tujuh negara Islam tersebut.

“Mengapa Datuk Seri Najib yang mengilhamkan cadangan untuk satu pergerakan global yang sederhana, masih berdiam diri mengenai perintah eksekutif Trump yang juga menyebabkan tentangan berlaku di lapangan terbang AS dan beberapa ibu kota di seluruh dunia,” ujar Kit Siang di blognya semalam.

Pada Jumaat Presiden AS ke -45 itu telah mengenakan empat bulan sekatan terhadap pelarian yang datang ke AS dan melarang buat sementara waktu kemasukan pelancong dari tujuh negara Islam, mengatakan langkah itu bertujuan membantu melindungi rakyat Amerika daripada serangan pengganas.

Sebaliknya larangan Trump itu tidak terkait dengan beberapa negara Islam lain yang ada hubungan perniagaan langsung dengan beliau seperti Arab Saudi, Iran dan Pakistan.

Tujuh negara Islam tersebut ialah Syria, Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman, menurut kenyataan White House.

Larangan kemasukan itu, walaupun sementara, berkuat kuasa serta-merta, menyebabkan huru-hara dan kekeliruan kepada bakal pelancong yang memegang pasport dari tujuh negara itu

Justeru soal Kit Siang lagi: “Mengapa Najib masih berdiam diri?”

Katanya lagi, Najib dan Kementerian Luar Negeri didakwa tidak mengambil sebarang reaksi balas terhadap beberapa kejutan yang dilakukan Trump tanpa perikemanusiaan sejak beliau menjalankan kempennya pada tahun lalu.

Kelewatan Najib memberikan tindakbalaas ini kemungkinan dakwanya ada kaitan dengan Jabatan Keadilan AS (DOJ) dengan tuntutan mahkamah berkaitan kleptokrasi Najib dalam skandal antarabangsa membabitkan 1 Malaysia Developtment Berhad (1MDB).

 

 

 

TAGS