Sekeluarga bekas penghulu Umno sertai Amanah di Dun Salor

Sekeluarga bekas penghulu Umno sertai Amanah di Dun Salor

Seramai 20 ahli keluarga, sahabat handai dan teman rapat bekas penyelia pembangunan mukim (PPM) atau penghulu Umno kampung Kota dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Seramai 20 ahli keluarga, sahabat handai dan teman rapat bekas penyelia pembangunan mukim (PPM) atau penghulu Umno kampung Kota dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Ghazali YusofGhazali Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Su Mat, isteri, anak-anak dan saudara-maranya menyerahkan borang menyertai Amanah kepada isteri Datuk Husam Musa Datin Rohana Ab Rahman dalam satu majlis ringkas di rumahnya berdekatan masjid Kota semalam. 

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai PPM sejak 2007 hingga 2014 yakin parti Amanah mampu menjadi pilihan masa depan kepada mereka yang mahukan sebuah pentadbiran yang pro rakyat.

“Pemerintah yang ada sekarang semakin tidak cakna rakyat dan memerlukan satu perubahan baru,” katanya ketika ditemui di majlis itu.

Datin Rohana menyampaikan sumbangan kepada Zohartini Mohamad, isteri kepada GhazaliRombongan Amanah yang diketuai timbalan ketua Awan negeri, Norashidah Jaafar turut menyampaikan sumbangan kepada kumpulan asnaf.

Dalam ucapan ringkasnya Norashidah berkata walaupun Amanah sebuah parti baharu, ia satu kesinambungan kerja-kerja Islam yang telah dibuat sejak sekian lama.

“Kita terpaksa adakan parti baru apabila parti yang dulu telah berubah dari perjuangan membela rakyat kepada persekongkolan dengan pemerintah yang dipenuhi penyelewengan.

“Dulu masa Tok Guru Nik Aziz, semua rakyat jelas siapa kawan dan siapa musuh.

“Sekarang, golongan yang dibuat kawan arwah Tok Guru dijadikan musuh manakala yang jadi musuh Tok Guru jadi sahabat baik pula,” katanya.

Menurutnya ketika rakyat perit merasai penindasan dengan cukai GST dan kenaikan harga minyak dan semua barangan keperluan lain, pihak yang dulunya diharap dapat membela kini turut menyebelahi pemimpin zalim.

“Parti Amanah dengan semangat peduli rakyat akan turun bersama-sama akar umbi bagi meringankan beban mereka yang tidak bernasib baik.

“Kita akan terus mengambil bahagian membantu kesusahan walaupun belum menjadi kerajaan,” katanya.

TAGS