Sekilas pandangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Sekilas pandangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Nama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Tuanku Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos 2009.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, Putrajaya jugaa dikenali sebagai Masjid Besi.

Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya itu menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara.

Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara.

Masjid ini mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”.

Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan teknologi gas penyejuk udara “Gas District Cooling”. Berhampiran ruang solat utama turut dikelilingi kolam air sudah pasti membuatkan para pengunjung dapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman.

Rekabentuk dalaman yang unik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tulisan ayat-ayat al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China.

Bahagian kanan cermin dinukilkan ayat 40 hingga 47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148 hingga 153 surah al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ukiran ayat 80 surah al-Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Asma’ Ul-Husna.

Kubah masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang terdiri daripada “lattice” dan “architectural metallic wailing screen” yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin.

Selain itu, masjid ini mengunakan teknologi ultrasonic yang digunakan sebagai penghalau burung daripada memasuki masjid.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mempunyai identitinya yang tersendiri. Senibinanya dibina tidak mengikut senireka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China.

Idea seni yang unik memperlihatkan kalimah “ALLAH” daripada pandangan bawah bahagian dalaman kubah. Masjid ini juga tidak mempunyai menara berbanding dengan masjid-masjid lain.

Pembinaan kubah besi di masjid ini menggunakan teknologi kejuruteraan awam termaju.

Kolam dengan pancuran air di hadapan pintu masuk Masjid Besi Sultan Mizan.

Kesibukan aktiviti di Putrajaya menjadikan masjid ini penuh dengan orang Islam untuk bersolat.

Laluan khas yang menghubungkan masjid ini dengan bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan persekutuan.

Dewan solat Masjid Sultan Mizan dikelilingi kolam seakan-akan ia terapung di atas air.

Silhoutte Matahari tenggelam di sebalik tiang masjid.

1,425 total views, 8 views today

CATEGORIES