Malaysia Dateline

Sekolah di Selangor ditutup mulai esok

Semua sekolah di seluruh Selangor ditutup bermula 6 Mei 2021 sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS) mencadangkan langkah itu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ini adalah satu usaha untuk mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningatan kes COVID-19 di negeri Selangor.

Sesi persekolahan yang berbaki dua hari lagi KPM memutuskan agar semua sekokah di bawah KPM negeri Selangor ditutup pada 6 Mei hingga 7 Mei 2021.

Penutupan sekolah ini akan berterusan sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri sepertimana yang diumumkan oleh KPM pada 26 April.

Dalam pada itu, bagi pergerakan murid dari asrama sempena cuti adalah seperti mana yang teah dijadualkan oleh pihak sekolah.

Difahamkan pembelajaran atas talian atau PDPR akan berjalan sepanjang penutupan sekolah.