Malaysia Dateline

Analisis tiga daripada lima mata pelajaran bidang Bahasa Arab mencatatkan peningkatan bilangan dan peratusan calon yang memperoleh gred Mumtaz Cemerlang hingga gred Maqbul Lulus pada 2016 berbanding 2015

Sekolah dibuka semula 24 Jun libatkan pelajar peperiksaan awam, antarabangsa

Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula pada 24 Jun ini setelah tiga bulan ditutup bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Namun, menurut Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin persekolahan ini hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dan antarabangsa yang setara pada tahun ini.

Iaitu, membabitkan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa.

Beliau juga mengingatkan individu bersuhu badan lebih 37.5⁰C atau bergejala tidak dibenar masuk kawasan sekolah

Katanya, pembukaan kelas selain kelas peperiksaan awam akan dimaklum dari semasa ke semasa dan untuk yang tinggal di asrama hanya dibenarkan kepada murid kelas peperiksaan awam sahaja.

Beberapa SOP yang perlu dijaga antaranya pelajar, guru, atau kakitangan sekolah akan diwajibkan mengambil suhu badan sebelum memasuki kawasan sekolah sebelum mengikuti laluan yang disediakan.

Bagi menjaga penjarakan sosial setiap meja pelajar di dalam kelas akan dijarakkan satu meter antara satu sama lain dan kapasiti pelajar dalam satu kelas hanya dibenarkan seramai 20 orang sahaja.

Pelajar juga digalakkan membawa bekal makanan masing-masing bagi mengelakkan bersesak di kantin walaupun sesi rehat akan dijalankan secara berperingkat.