Sekolah menengah Tamil janji PH untuk kaum India

Sekolah menengah Tamil janji PH untuk kaum India

PH menjanjikan kaum India dan minoriti di negara ini akan terus dibela dan kebajikan mereka dijaga melalui 21 kandungan manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selain kaum India, keunikan Malaysia parti dalam gabungan PH telah mewakili setiap etnik dan kaum di negara ini.

“Pakatan Harapan parti yang mewakili semua kaum termasuk penyertaan beberapa parti yang mewakili kaum minoriti.

“Dengan ada semua parti ini dalam gabungan Pakatan Harapan yang mewakili kaum India dan minoriti dalam negara ini yang akan kita berkongsi bersama,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Manifesto PH untuk kaum India yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya petang ini.

Menurut Dr Mahathir lagi, sebagai negara berbilang kaum kebiasaannya tidak akan dapat lari daripada konflik antara kaum, namun negara Malaysia dapat menjaga keharmonian antara kaum ini.

“Tetapi keharmonian ini mula tergugat dalam tempoh lima tahun kebelakangan apabila kerajaan yang memerintah hari ini cuba melumpuhkan gabungan parti pembangkang di negara ini.

” PH sudahpun merancang untuk komuniti India di negara ini. Kita melihat segala permasalahan yang timbul terutama dalam mendapatkan kerakyatan Malaysia.

“Kemiskinan kaum India dan minoriti lainnya akan dikurangkan, selain menyediakan dana untuk kaum India sejumlah RM4bilion khusus untuk kaum India, akan membina sekolah menengah Tamil dan 21 janji lain,” ujarnya.

(dari kiri) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng

Pada 8 Mac lalu PH telah melancarkan manifesto dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Manifesto PH bersasar antara 10 janji dalam tempoh 100 hari pertama sekiranya mereka berjaya menubuhkan kerajaan baharu mengantikan Barisan Nasional (BN).

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula berkata, pendidikan kaum India amat penting untuk dipertingkatkan.

“Pakatan Harapan komited untuk menyelesaikan masalah kaum India di negara ini.

“Mereka perlu diberikan peluang untuk mengubah nasib menerusi manifesto Pakatan Harapan ini,” ujarnya.

Timbalan Presiden PH Lim Guan Eng pula berkata, di Pulau Pinang telah mengiktiraf pembabitkan kaum India apabila melantik Timbalan Ketua Menteri 11 Pulau Pinang  P.Ramasamy.

Masyarakat secara umumnya terutama kaum India di martabatkan jika dasar yang dilaksanakan dapat memberi faedah dikalangan kaum India dan semua rakyat negara ini.

“Dasar-dasar kerajaan seperti GST yang membawa beban kewangan semua rakyat Malaysia. Isu pendidikan dan ekonomi antara cadangan yang akan diperjuangkan jika Pakatan Harapan mentadbir.

“Dasar manifesto dalam PH akan membetulkan semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan BN,” ujarnya.

Beberapa kepimpinan tertinggi PH  turut hadir menyaksikan Pelancaran Manifesto PH bagi kaum India.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS