Sekolah pedalaman mampu juarai pertandingan ‘Choral Speaking’

Sekolah pedalaman mampu juarai pertandingan ‘Choral Speaking’
Pasukan Choral Speaking SMKSK ketika membuat persembahan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup (SMKSK) merupakan sebuah sekolah pendalaman yang mampu memenangi pingat di pelbagai peringkat dalam pertanding ‘Choral Speaking’.

Selain menjadi johan di peringkat negeri Johor, SMKSK juga telah bejaya menjadi wakil Johor untuk ke peringkat kebangsaan yang diadakan pada setiap di Malaysia.

Pencapaian yang paling membanggakan bagi SMKSK adalah dengan memenangi ‘Gold Star Award’ dalam acara terbuka Singapura pada tahun ini.

Mohamad Fuad Mokhtar

Menurut jurulatih dan guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan, Mohamad Fuad Mokhtar, 34, berkata memenangi ‘Gold Star Award’ itu adalah suatu pencapaian yang membanggakan.

“Kita terpaksa bersaing dengan sekolah elit yang lain kerana bidang ‘choral speaking’ ini memang menjadi budaya bagi sekolah elit dan tidak bagi sekolah pendalaman macam kami.

“Usaha yang kita jalankan bagi menaikkan nama sekolah telah membuahkan hasil apabila kita berjaya mengalahkan pelbagai sekolah elit di Johor dan menjadi wakil di peringkat kebangsaan.

“Pertandingan di Singapura pula ia lebih terbuka dan mencabar apabila kita terpaksa bersaing dengan sekolah-sekolah yang ada di antaranya bertaraf antarabangsa namun kita berjaya memenangi ‘Gold Star Award’ yakni pingat tertinggi yang dianjurkan di Singapura,” ujarnya.

Ketika ditanya berkenaan peranan ‘Choral Speaking’ sebagai tarikan untuk menyambut tetamu pada Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020 akan datang, beliau memberi respon yang positif.

“Ia suatu saranan yang baik kerana selain bercakap dalam Bahasa Inggeris, ‘Choral Speaking’ juga mampu menghiburkan pengunjung yang datang ke negara ini.

“Di barat kita lihat, budaya-budaya sebegini banyak dinaikkan untuk dipamerkan ke khalayak orang ramai yang datang ke negara mereka, jadi apa salahnya ‘Choral Speaking’ ini mampu menjadi budaya tarikan kepada pelancong.

“Saya merasakan, kerajaan perlu ada kelainan untuk mengetengahkan bakat yang ada di kalangan pelajar mahu pun sekolah untuk pengunjung hadir dan mengetahui bakat tersebut,” ujarnya lagi.

Dalam tahun ini sahaja, SMKSK telah berjaya merangkul kejuaraan diperingkat negeri dan bertanding di peringkat kebangsaan serta mendapat ‘Gold Star Award’ di Singapura.