Malaysia Dateline

Sekolah Seni Malaysia Perak jadi sekolah angkat pejabat MB

Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah di Sungai Siput dijadikan sebagai sekolah anak angkat Pejabat Menteri Besar Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sehubungan itu, pihaknya akan berusaha untuk menyediakan keperluan kepada institusi tersebut yang juga dikenali sebagai Sekolah Seni Malaysia Perak.

“Saya berjanji akan menyediakan keperluan seperti studio kedap bunyi dan beberapa keperluan lain tahun depan,” katanya pada Program Malam Gala Sinaran Bintang 2018 SMK Muhibbah @ Sekolah Seni Malaysia Perak di Auditorium Perak FM di sini malam ini.

Menurut Ahmad Faizal, sistem pendidikan khususnya bidang seni telah lama diterapkan dalam sistem pendidikan di negara-negara maju sehingga berjaya melahirkan anak seni.

Malah, beliau berkata terdapat di antara pemenang anugerah Oscar adalah mereka yang mengikuti pengajian dalam bidang seni.

Beliau berkata proses membentuk bakat dan kemahiran dalam seni mengambil masa yang lama kerana ia adalah cabang akademik yang halus, tidak seperti disiplin pengajian dalam lain-lain.

“Saya sendiri berpengalaman berlakon dalam filem Buntat beberapa hari lalu. Walaupun hanya mengambil masa satu jam untuk proses penggambaran, tetapi saya dapat merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pelakon.

— BERNAMA