Sekolah tahfiz, pondok dapat RM50 juta dalam Bajet 2019

Sekolah tahfiz, pondok dapat RM50 juta dalam Bajet 2019
Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika hadir untuk mendengar pembentangan belanjawan bagi Jabatan Perdana Menteri.

(dari kiri) Lim Guan Eng, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berjalan masuk ke dewan rakyt untuk sesi pembentangan Belanjawan 2019, semalam.

Sekolah Tahfiz dan sekolah pondok antara intitusi pendidikan yang mendapat fokus utama dalam Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam.

Berikut adalah ringkasan fokus utama dalam bajet pertama kali selepas kerajaan bertukar pada Pilihan Raya Umum ke14 lalu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019 yang bertemakan:’Malaysia Wibawa,Ekonomi,Dinamik, Rakyat’.

Rumusan Belanjawan 2019

1.Sekolah Kebangsaan – RM250 juta;
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta;
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;
Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta;
Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta;
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta;

Sekolah Mubaligh – RM50 juta;
Sekolah Tahfiz – RM50 juta;
Sekolah Pondok yang berdaftar – RM25 juta;
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School – RM15 juta; dan
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.

2. Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

3. RM210 juta sebagai sebahagian daripada agenda pemerkasaan Bumiputera bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan dikendalikan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

4. Bagi projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.

5. Kerajaan juga telah membatalkan projek MRT3 yang bernilai RM60 bilion sehingga projek MRT2 disiapkan.

6. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion.

7. Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar.

8. Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.

9. Kerajaan telah berjaya memiliki semula kapal layar super-mewah, Equanimity dan akan mula menerima bidaan antarabangsa dalam tempoh satu bulan dari tarikh 5 November 2018.

10. Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

11. Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019.

12. Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan.

13. RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.

14.  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

15. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750

16. Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.

17. Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

*Belanjawan2019* Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

18. Subsidi bil elektrik bulanan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan.

19. Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit.

20. Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.

21. Kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dengan melaksanakan sepenuhnya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai 1 Januari 2019.

22. Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

23. Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.

*Belanjawan2019* Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malayisa (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu.

24. Bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru, RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti.

25. Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

26. Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.

27. Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.

28. Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun 2019.

29. Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.