Sekretariat mesyuarat Rabu putuskan pendaftaran Pakatan Harapan

Sekretariat mesyuarat Rabu putuskan pendaftaran Pakatan Harapan

Majlis Sekretariat Pakatan Harapan akan bermesyuarat Rabu ini bagi membuat persiapan terakhir tentang struktur, perlembagaan dan logo baru gabungan politik itu sebelum didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Siti Hasmah melakukan upacara membelah mulut bayi yang diberikan nama sempena suaminya, Mahathir Mohamad bin Mohamad Faizal dalam majlis malam tadi.Selepas diperhalusi, kesemua akan diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diluluskan dan seterusnya didaftarkan kepada RoS.

“Mesyuarat majlis sekretariat akan perhalusi cadangan struktur, perlembagaan dan logo Pakatan Harapan.

“Saya jangka seminggu selepas majlis sekretariat, Majlis Presiden akan bermesyuarat untuk meluluskannya,” kata anggota majlis itu Izham Hashim.

Izham yang juga Pengerusi Amanah Selangor berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahahthir Mohamad di Kuang, Selangor malam tadi.

Dalam sidang media itu, Mahathir berkata, majlis presiden Pakatan Harapan akan berjumpa untuk menyelesaikan perdaftaran gabungan politik baru itu.

Sidang media itu diadakan selepas Mahathir berucap di majlis “Himpunan Pakatan Bersatu” anjuran NGO Persatuan Pengundi Selangor atau Voices disebuah cafe dekat Kuang.

Lebih 2,000 termasuk pemimpin Pakatan Harapan menyertai majlis makan malam dan ucapan itu.

COMMENTS

Wordpress (0)