Sekretariat PH Parlimen Batang Sadong bakal ditubuhkan

Sekretariat PH Parlimen  Batang Sadong bakal ditubuhkan

Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan Sekretariat Parlimen Batang Sadong secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Ketua Cabang Parti Keadlian Batang Sadong, Piee Ling berkata,  sekretariat itu nanti bakal dianggotai terdiri daripada lima orang wakil jawatan tertinggi setiap parti komponen PH di Parlimen Batang Sadong.

“In shaa Allah…kita akan menubuhkan sekretariat PH untuk Parlimen Batang Sadong yang menjurus bagi mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara parti komponen PH di kawasan ini, ” jelas beliau ketika ditemui  selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)di Sadong Jaya, Kota Samarahan hari ini.

“Keanggotaan sekretariat itu nanti terdiri daripada lima orang wakil jawatan tertinggi setiap parti komponen dalam Parlimen Batang Sadong.

“Justeru dengan penubuhan sekretariat itu nanti, ia akan memudahkan kami melaksanakan pelbagai program di kawasan tanpa menidakkan penyertaan daripada kompenan parti yang sedia ada, ” tambah beliau.

Menurut Piee, sehingga kini komponen PH yang bertapak di Parlimen Batang Sadong adalah PKR, Amanah dan Bersatu yang merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, Simunjan dan Gedong.

“Saya yakin dengan kerjasama daripada rakan seperjuangan dari AMANAH dan Bersatu sekali gus adalah tidak mustahil kami mampu menawan DUN Sadong Jaya, Simunjan dan Gedong pada Pilihan raya Negeri (PRN) nanti, ” katanya.

Mengenai MPKK pula, beliau menyatakan sebanyak 96 buah akan ditubuhkan di seluruh kawasan Parlimen Batang Sadong selewat-lewatnya 20 Oktober ini.

Turut hadir pada mensyuarat tersebut ialah wakil AMANAH dan Bersatu Parlimen Batang Sadong, Ustaz Othman Mustapa Dan Abdullah Sakawi.
Attachments area