Sekretariat Selamatkan Malaysia lawan semua salah laku pemimpin

Sekretariat Selamatkan Malaysia lawan semua salah laku pemimpin

Sekretariat Selamatkan Malaysia akan menggemblengkan usaha menentang segala bentuk salah laku pemimpin di negara ini dan bukan semata-mata bermatlamat  mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Sekretariat Selamatkan Malaysia Datuk Kamarudin Jaffar umumkan 250,000 tandatangan berjaya dikumpul.

Sekretariat Selamatkan Malaysia akan menggemblengkan usaha menentang segala bentuk salah laku pemimpin di negara ini dan bukan semata-mata bermatlamat  mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan.

Ahli Jawatan Kuasa/Koordinator Sekretariat Pusat Selamatkan Malaysia, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, sekretariat yang ditubuhkan itu akan tetap diteruskan matlamatnya walaupun perdana menteri meletakkan jawatan.

“Matlamat Deklarasi Rakyat adalah untuk melawan segala bentuk amalan rasuah, salah guna kuasa dan  mendesak perdana menteri berundur kerana Najib diseliputi pelbagai skandal kewangan masa kini.

“Sekretariat Selamatkan Malaysia ini akan berjalan secara jangka panjang.

“Matlamatnya semata-mata untuk memerhati seterusnya melawan segala bentuk salah laku pemimpin atau institusi-institusi di negara kita.

“Deklarasi rakyat juga bertujuan untuk melaksanakan segala bentuk reformis ke atas institusi-institusi lain di negara kita agar semuanya dapat berfungsi secara telus serta independan tanpa perlu campur tangan oleh mana-mana pihak agar kredibiliti instusi-institusi kerajaan di negara kita dapat berfungsi secara seadil-adilnya,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Khairuddin Abu HassanJusteru katanya, untuk mengumpul tandatangan bagi mencapai sasaran 1juta dalam masa yang berbaki dua puluh hari lagi untuk diserahkan kepada Majlis Raja-raja yang akan bersidang pada 11-12 Mei depan  telah berjaya mengumpulkan 250,000 tandatangan di seluruh negara.

Melihat kepada usaha dilakukan beberapa kumpulan penggerak utama terdiri dikalangan pemimpin parti politik pembangkang, ahli-ahli parti dan NGO yang sepakat untuk turun bertemu rakyat bagi mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatannya sebelum Pilihanraya Umum ke-14  sesuatu yang positif.

“Mulai saat ini segala perancangan serta hala tuju deklarasi rakyat akan dirancangkan oleh sekretariat pusat ini dan semalam ianya merupakan mesyuarat pertama sekretariat pusat selepas mesyuarat penubuhannya pada minggu lalu.

“Segala perancangan akan disusun atur secara konsensus di peringkat sekretariat pusat dan segala aktivitinya akan diimplimentasikan oleh jawatankuasa kerja yang juga berada di bawah sekretariat pusat deklarasi rakyat.” terangnya.

Beliau meyakini sehingga 9 Mei nanti sekretariat ini akan berjaya mengumpulkan 1 juta tandatangan untuk diserahkan kepada Majlis Raja-raja.

“Kita yakin dapat kumpulkan tandatangan pada 9 Mei ini dan satu pengumuman rasmi akan dibuat untuk menyatakan jumlah sebenar yang berjaya dikumpulkan.

“Dijadualkan Tun Mahathir dan 45 orang pertama yang menandatangani borang Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu akan menyerahkan borang-borang itu ke Istana Negara.” ujarnya.

Bagi mencapai sasaran itu Khairuddin berkata, sekretariat telah mencetak  1.5 juta borang deklarasi rakyat dan sudah pun diedarkan beberapa hari yang lalu ke seluruh negara.

“Sejak dirasmikan pada 4 Mac lalu lebih dari 250,000 orang sudahpun menandatanganinya meliputi online serta offline di seluruh negara.

“Saya amat yakin dan positif kita akan dapat capai angka 1juta orang menandatanganinya dalam sedikit masa lagi kerana borang-borang yang telah dicetak telah diedarkan ke seluruh negara kepada kumpulan-kumpulan pengerak.

“Kami semua akan berkerja keras dengan semua ahli-ahli deklarasi rakyat untuk mendapatkan sasaran tandatangan 1juta sebolehnya pada bulan hadapan secara berperingkat-peringkat untuk diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.” ujar bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan ini.

Mengulas sambutan orang ramai terutama kumpulan yang diterajui bekas ahli Umno dan gerakan ketua cawangan Umno untuk mengumpulkan tandatangan rakyat ini, Khairuddin tidak menafikan sambutan mengalakkan adalah dikalangan ahli umno akar umbi.

“Rakyat tidak takut lagi untuk menandatanganinya dan mewakilkan bagi pihak sekretariat untuk menghantar ke majlis raja-raja bila cukup sasaran 1juta pertama.

“Ramai dari kalangan ahli-ahli umno di peringkat akar umbi turut menandatangani borang deklarasi rakyat ini.

“Boleh dikatakan semua lapisan masyarakat dari golongan remaja,kaum dan agama telah menunjukkan satu komitmen yang baik di dalam menandatangani borang deklarasi rakyat dalam siri jelajah yang dibuat oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) bersama pemimpin dan bekas  ahli Umno seluruh negara,” katanya.

TAGS