Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan perlu dipinda, saran Competent

Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan perlu dipinda, saran Competent

Kementerian Tenaga Manusia disarankan agar meminda Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 agar pekerja yang dibuang pekerjaan  perlu merujuk kepada Mahkamah Perusahaan tanpa perlu  melalui proses rundingan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan budi bicara menteri.

Felo Centre For MalaysianPolitical and Economi Transcendence (Competent), Auzan Sazali berkata,  sudah tiba masanya kementerian mengambil langkah-langkah proaktif dengan meminda Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk mewujudkan bidangkuasa Mahkamah Rayuan Perusahaan bagi membicarakan kes-kes rayuan daripada Mahkamah Perusahaan.

Katanya seksyen 20 itu memperuntukan tempoh masa 60 hari untuk membuat representasi pembuangan pekerja di JPP bagi tujuan rundingan damai antara pekerja dan majikan adalah merumitkan.

“Pihak JPP akan melaksanakan proses rundingan damai untuk melihat sama ada representasi tersebut dapat diselesaikan dengan pemulihan kerja atau lain-lain penyelesaian.

Auzan Sazali

“Jika tidak ada sebarang penyelesaian dapat dicapai, representasi tersebut akan dihantar kepada pihak Menteri untuk menggunakan budibicaranya bagi merujuk representasi ke Mahkamah Perusahaan atau tidak.

“Keseluruhan proses daripada tarikh pertama pihak JPP menerima representasi ada yang mengambil masa secepat 3 bulan dan ada juga yang mengambil masa sehingga 1 tahun atau lebih.

“Oleh yang demikian Competent mencadangkan satu sasaran jangka pendek untuk penyeragaman dan pemantauan kes-kes oleh pihak Kementerian untuk memutuskan sama ada untuk merujuk sesuatu kes ke Mahkamah Perusahaan atau tidak dalam tempoh masa 6 bulan sahaja,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Tenaga Manusia M. Kulasegaran V Murugeson dalam kenyataannya dipetik berkata, sebanyak 3687 kes di Mahkamah Perusahaan yang sedang berjalan dan masih lagi ada 1970 kes di peringkat Menteri yang masih lagi belum diputuskan sama ada untuk dirujuk ke Mahkamah Perusahaan atau tidak.

Auzan berpandangan selagi lama kes tertangguh selagi itu keadilan akan dinafikan.

“Setelah pekerja menunggu begitu lama, keputusan yang diterima adalah kes tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan yang menyebabkan pekerja tersebut terpaksa melakukan prosiding
semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

“Competent memandang serius soal kelewatan tersebut dan menyarankan supaya satu pindaan dibuat terhadap Seksyen 20, yang mana pekerja yang dibuang kerja tidak lagi perlu melalui proses runding damai di JPP dan terpaksa menunggu representasi pembuangan kerja dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri.

“Proses runding damai untuk mencari penyelesaian sama ada diambil bekerja atau lain-lain penyelesaian juga boleh dilaksanakan sendiri oleh pihak Mahkamah Perusahaan. Malah yang lebih baik adalah semua pihak sudah tidak perlu lagi menunggu keputusan daripada Menteri untuk merujuk atau tidak kes ke Mahkamah Perusahaan.

“Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuashati boleh membuat semakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. Selanjutnya selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan, pihak yang tidak berpuas hati masih boleh merayu ke Mahkamah Rayuan dan akhirnya jika masih lagi ada pihak yang tidak berpuas hati, boleh merayu pula ke Mahkamah Persekutuan,” terangnya.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS