Sektor pembuatan Malaysia lemah bagi empat bulan berturut-turut

Sektor pembuatan Malaysia lemah bagi empat bulan berturut-turut

Sektor pembuatan Malaysia memulakan tahun 2019 dengan penurunan bulanan empat bulan berturut-turut dalam keadaan operasi, pengeluaran dan perniagaan baharu kedua-duanya susut semasa Januari.

Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Nikkei Malaysia (PMI) – petunjuk angka tunggal pretasi pembuatan – susut kepada 47.9 pada Januari daripada 46.8 pada Disember, meneruskan tempoh kemerosotan sekarang kepada empat bulan berturut-turut (kekal di bawah paras neutral 50.0 pada Januari menunjukkan kemerosotan seterusnya keadaan perniagaan pembuatan).

Jualan eksport juga turun, manakala tekanan permintaan yang mereda membolehkan syarikat-syarikat mengurangkan kerja yang bertimbun.

“Walaupun terdapat peningkatan sedikit dalam pekerjaan, kos dikurangkan apabila belian input merosot dan stok berkurangan,” kata IHS Markit dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, ia berkata data kaji selidik itu menunjukkan penurunan harga pembelian membolehkan firma-firma menaikkan harga mereka sendiri lebih perlahan-lahan.

“Pada masa depan, syarikat-syarikat optimis yang pengeluaran akan meningkat dalam tempoh 12 bulan,” kata IHS Markit, sambil menambah aliran masuk perniagaan baharu juga turun bagi tempoh empat bulan.

“Walaupun permintaan lemah pada Januari pada kadar yang perlahan berbanding Disember, penurunan itu dari segi keseluruhannya adalah kukuh. Ahli panel melaporkan keadaan ekonomi tidak memberangsangkan.

“Jualan eksport juga turun dalam tempoh kaji selidik terbaharu dengan permintaan lemah dari China, Jepun dan Korea Selatan,” kata IHS Markit.

Penurunan kuantiti nilai perolehan kontrak mempengaruhi pengeluaran pada Januari.

Pengeluaran berkurangan tetapi kadar penguncupan susut sejak Disember sejajar dengan keperluan pengeluaran rendah. – BERNAMA